Skip to document

Analisis ayat ctu

Analisis ayat ctu
Course

banking (ba119)

860 Documents
Students shared 860 documents in this course
Academic year: 2020/2021
Uploaded by:
0followers
0Uploads
0upvotes

Comments

Please sign in or register to post comments.

Preview text

1. 1 1. NAMA PELAJAR NURUL AWATIF

BINTI MAT SAID

2 2. NO ID UiTM 2019239776

3 3. KUMPULAN

KULIAH

KBA1192F

  1. Masukkan Ayat Al Quran di sini

( 27 ) ونَ ُمَلعَْ تمُْنتَأ وَمْتِكَُنٰمََٰ أا۟وُٓونخَُت وَ ولَ سُٱلرّ وَ َ ٱلّ وا۟ ُونخَُ ت لَوا۟ ُنامَ ءَذِينَ ّا ٱلهَّيَأَٓيٰ

) ٌظِيم عَ رٌجَْ أٓۥُه عِندَ َ ٱلّ نَّأ وَ ٌةَن فِتْ مْكُدُ

َٰ

( 28 لوَْأ وَمْكُُلوَٰمَْا أمَّنَ أا۟وُٓمَلٱعْ وَ

(Surah Al-Anfal ayat 27&28)

  1. Terjemahan Ayat Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan keatasmu, sedang kamu mengetahui. (Surah Al-Anfal ayat 27)

Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar. (Surah Al-Anfal ayat 28)

  1. Sebab-sebab turunnya ayat tersebut Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini diturunkan mengenai seorang Muslim yang bernama Abu Lubabah bin Abdil Munzir yang telah ditanya oleh Bani Quraizah iaitu kaum yang memusuhi Islam ketika Perang Quraizah tentang pandangan kaum Muslimin terhadap mereka. Kemudian, Abu Lubabah memberi isyarat dengan tangan dan lehernya yang bermaksud akan dibunuh. Abu Lubabah bin Abdil Munzir adalah seorang pahlawan suku Aus di Yatsrib yang banyak memenangi peperangan pada zaman tersebut. Pada suatu hari, dia sedang berjalan menyusuri kota, dia melihat ramai orang berkumpul di rumah As’ad. Mereka sedang mendengar ceramah dari seorang utusan Nabi Muhammad S.A, iaitu Mus’ad ibn Umair yang mengajak manusia untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan membacakan ayat-ayat suci Al Qur’an. Allah berkehendak membuka hati Abu Lubabah dan pada waktu itu juga, dia memeluk islam. Ketika berlakunya Perang Badar, Abu Lubabah tidak ikut berperang kerana Rasulullah telah memberi tugas yang sama berat dengan Perang Badar kepadanya, iaitu Rasulullah S.W meminta Abu Lubabah melindungi dan menjaga penduduk Madinah sepanjang peperangan berlangsung. Setelah berlakunya perang Uhud, Abu Lubabah menikahi Khansa ibn Khadzam semula, iaitu janda seorang sahabat yang syahid bernama Anis ibn Qotadah. Sejujurnya Al Khadzam iaitu ayah Khansa berniat untuk menikahkan Khansa dengan lelaki pilihannya, namun Khansa menolaknya kerana tidak mengenalinya dan kemudian dia mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah ingin menegakkan peruntukan syariat bahawa seorang janda boleh berkahwin dengan lelaki pilihan mereka tanpa harus bermusyawarah dahulu dengan ayahnya. Akhirnya Khanza memilih Abu Lubabah menjadi suaminya.

Suatu hari Rasulullah S.W berniat untuk membersih serta mensucikan Madinah daripada para pengkhianat Yahudi, terutamanya golongan Bani Quraizah yang telah menghianati perjanjian dengan kaum Muslimin. Kaum Muslimin mengepung kampung Bani Quraizah dan melarang penghuninya untuk keluar selama 25 hari. Bani Quraizah adalah sekutu suku Aus dan mereka tahu bahawa Abu Lubabah adalah daripada suku Aus. Oleh itu, mereka meminta Rasulullah untuk mengutuskan Abu Lubabah untuk memberi nasihat kepada mereka. Ketika Abu Lubabah berada di kampung Bani Quraizah, Abu Lubabah bukannya memberi nasihat malah ikut lalai dalam kesedihan para wanita Bani Quraizah dan tidak menasihati wanita-wanita tersebut. Allah mengetahui apa yang berlaku dan apa yang dikatakan oleh Abu Lubabah kepada Bani Quraizah, sehingga Allah S.W menurunkan ayat yang bermaksud “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan keatasmu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar”. Setelah turunnya ayat ini (Surah Al-Anfal: 8:27) Abu Lubabah menyesali perbuatannya yang telah membocorkan rahsia kaum Muslimin. Kemudian dia berkata: "Terhiris hatiku sehingga tidak dapat bergerak kerana aku merasakan diriku telah berkhianat kepada Allah dan Rasulullah S.A”. (Diriwayatkan oleh Said bin Mansur dan yang lainnya dari Abdullah bin Abi Qatadah). Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Abu Sufyan meninggalkan Mekah sambil mengintai kegiatan kaum Muslimin. Kemudian Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad mengenai perkara tersebut dan memberitahu baginda Rasulullah bahawa Abu Sufyan berada di suatu tempat. Maka sabdalah Rasulullah kepada para sahabat iaitu "Abu Sufyan sekarang berada di suatu tempat, tangkaplah dan tahanlah dia”. Akan tetapi salah seorang daripada kaum munafik yang mendengar perintah Rasulullah itu telah memberitahu Abu Sufyan melalui surat agar berhati-hati kerana Nabi Muhammad telah mengetahui maksudnya. Maka turunlah ayat ini (Surah Al- Anfal: 8:27) sebagai peringatan kepada manusia supaya tidak melakukan pengkhianatan kepada Allah dan Rasulnya.

  1. Tafsir Ayat dari kitab tafsir yang muktabar.

  2. Tafsir Ibnu Kathir (Surah Al-Anfal ayat 27) Abdul Razzaq ibnu Abu Qatadah dan Az-Zuhri mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Lubabah ibnu Abdul Munzir. Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah S.A mengutuskan Abu Lubabah kepada Bani Quraizah untuk menyampaikan pesanan beliau agar mereka mengikut ajaran Rasulullah S.A. Lalu orang-orang Bani Quraizah meminta pendapat dari Abu Lubabah mengenai hal tersebut, maka Abu Lubabah mengisyaratkan kepada mereka dengan tangannya ke arah lehernya yang bermaksud disembelih iaitu mati. Kemudian Abu Lubabah sedar bahawa perbuatannya itu bermaksud dia telah mengkhianati Allah S.W dan Rasulullah S.W. Oleh itu dia bersumpah bahawa dia tidak akan makan sehingga mati atau Allah menerima taubatnya. Lalu Abu Lubabah pergi ke Masjid Madinah dan mengikat dirinya di salah satu tiang masjid tersebut. Dia tinggal dalam keadaan demikian selama sembilan hari sehingga tidak bangun kerana keletihan. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Rasul-Nya bahawa taubat Abu Lubabah telah diterima. Kemudian orang-orang datang kepada Abu Lubabah dan menyampaikan berita gembira bahawa Allah telah menerima taubatnya. Mereka mahu

Muhammad ibnu Ishaq mengatakan, telah diceritakan kepadaku Muhammad ibnu Ja'far ibnuz Zubair, dari Urwah ibnuz Zubair berhubung dengan maksud ayat ini, iaitu janganlah kamu menunjukkan kebenaran di hadapannya yang membuatnya bersedia kepadamu, kemudian kamu menentangnya dalam hatimu kerana cenderung kepada yang lain kerana sesungguhnya perkara tersebut telah merosakkan amanatmu dan ia merupakan suatu pengkhianatan terhadap dirimu sendiri. As-Saddi mengatakan, apabila mereka mengkhianati Allah dan Rasul- Nya, berarti mereka mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada diri mereka. Selanjutnya dia berkata bahawa mereka pernah mendengar perbincangan dari Nabi S.A, lalu mereka membocorkan perbincangan tersebut kepada kaum musyrikin. Abdul Rahman ibnu Zaid berkata, Allah melarang kamu berbuat khianat terhadap Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu melakukan sesuatu perkara seperti apa yang dilakukan oleh orang-orang munafik.

  1. Tafsir Ibnu Kathir (Surah Al-Anfal ayat 28) Dan ketahuilah bahawa harta kalian dan anak-anak kalian itu hanyalah sebagai cubaan. (Al-Anfal: 28). Ayat tersebut menjelaskan bahawa setiap yang berlaku merupakan cubaan dan ujian dari Allah bagi kalian, kerana semua itu adalah Allah yang memberikannya kepada hambanya untuk melihat secara nyata, apakah hambanya bersyukur kepada-Nya atas semuanya itu dan menggunakannya ke jalan ketaatan kepada-Nya, ataukah hambanya sibuk dengan semuanya itu hingga mereka melalaikan-Nya dan menjadikan semuanya sebagai ganti dari-Nya. Hal ini seperti yang diungkapkan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya yang bermaksud "Sesungguhnya hartamu dan anak- anakmu hanyalah cubaan (bagi ksmu); dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. (At-Taghabun: 15). Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Terdapat firman Allah S.W didalam sursge Al-Anbiya ayat 35 yang bermaksud hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu semua dari mengingat Allah S.W. Barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munafiqun: 9) Firman Allah S.W yang bermaksud “dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar” (Al-Anfal:28). Iaitu pahala-Nya, pemberian-Nya, dan syurga-syurga-Nya; semuanya lebih baik bagimu daripada harta-harta dan anak-anakmu kerana sesungguhnya adakalanya dikalanganmu, kamu akan berjumpa dengan musuhmu sendiri, dan kebanyakan daripada mereka tidak dapat memberi sebarang manfaat kepadamu walhal Yang mengatur dan Yang Memiliki dunia dan akhirat adalah Allah S.W, hanya di sisiNya-lah pahala yang melimpah pada hari kiamat nanti. Di dalam sebuah asar ada diriwayatkan yang bermaksud: “Hai anak Adam, carilah Aku, nescaya engkau akan menjumpai-Ku. Jika engkau menjumpai-Ku, nescaya engkau akan menjumpai segala sesuatu. Dan jika engkau tidak menjumpai-Ku, nescaya segala sesuatu tidak engkau dapati. Dan Aku (pahala Allah) adalah yang paling engkau sukai berbanding segala sesuatu (yang ada)”. Di dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah S.A disebutkan bahawa baginda Nabi Muhammad S.A pernah bersabda: “Ada tiga perkara, barang siapa yang di dalam dirinya terdapat ketiga-tiganya nescaya dia akan menjumpai manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya dan orang yang menyukai seseorang hanyalah kerana Allah S.W dan orang yang lebih suka dilemparkan ke dalam api daripada harus kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran. Bahkan cinta kepada Rasulullah S.A harus diutamakan daripada cinta kepada anak-anak dan harta benda serta diri sendiri, seperti

yang disebutkan di dalam kitab Sahih, bahawa Rasulullah S.A pernah bersabda: “Demi Allah S.W yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaanNya, tidaklah seseorang di antara kamu beriman sebelum aku lebih disukainya daripada dirinya sendiri, keluarganya, harta bendanya, dan semua manusia.

  1. Tafsir Quraish Shihab (Surah Al-Anfal ayat 27&28) Wahai orang-orang yang beriman, percaya dan tunduklah kepada kebenaran. Allah S.W tidak membenarkan setiap orang dari kalanganmu yang berkhianat kepada-Nya dan rasul-Nya dengan berpihak kepada penentang-penentang kebenaran itu atau mengkhianati orang lain dalam soal pengambilan harta rampasan perang dan berpangku tangan kerana enggan berjihad. Dan jangan pula kamu mengkhianati amanat orang lain sedangkan kamu memahami perintah dan larangan-Nya. Ayat berikut diturunkan berkenaan dengan taubatnya Abu Lubabah.

  2. Tafsir Al-Mukhtashar / Markaz Tafsir Riyadh (Surah Al-Anfal ayat 27&28) Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulullah S.A serta orang-orang yang melaksanakan syariat Allah S.W, janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulNya dengan meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W keatasmu dan melakukan perkara yang dilarang Allah S.W. Dan janganlah memandang rendah amanat yang diamanahkan Allah kepada kamu sedangkan kamu mengetahui bahawa itu merupakan amanat yang harus dipatuhii. Dan ketahuilah (wahai kaum mukminin), sesungguhnya harta benda kamu yang telah Allah anugerahkan kepada kamu, dan anak-anak kamu merupakan ujian dari Allah dan ujian bagi hamba-hambaNya, supaya Dia mengetahui apakah mereka akan bersyukur kepadaNya atas nikmat-nikmat tersebut dan mentaati Allah dalam menggunakan harta, atau mereka menjadi leka dengan harta daripada mengingati Allah S.W? Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya disisi Allah terdapat kebaikan dan pahala yang besar bagi orang-orang yang bertakwa dan taat kepadaNya.

  3. Tafsir Al-Muyassar / Kementerian Agama Saudi Arabia (Surah Al-Anfal ayat 27&28) Kemudian Allah menyampaikan seruan keempat bagi orang-orang beriman iaitu "Janganlah kalian menghianati Allah dengan meninggalkan kewajipan dan perintah-perintah yang telah diamanahkan kepada kalian, serta melanggar larangan-larangan yang tidak boleh kamu hampiri dan janganlah kamu menghianati Rasulullah dengan meninggalkan sunnah-sunnahnya, mengabaikan perintahnya, dan melanggar larangannya serta janganlah kamu mengkhianati amanah yang telah diberikan kepadamu dengan menyebarkan rahsia di antara kamu, melanggar perjanjian yang telah dijanjikan olehmu, mengambil barang yang merupakan hak orang lain, dan melalaikan hak orang lain yang wajib dijaga olehmu. Padahal kalian telah mengetahui balasan buruk jika menghianati Allah dan rasul-Nya serta mengkhianati amanat yang telah diamanahkan kepadamu. Cinta terhadap harta dan anak-anak serta keturunan merupakan hal paling besar yang boleh menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka Allah S.W memberi peringatan berkaitan hal ini dengan berfirman "Ketahuilah wahai orang-orang beriman, sesungguhnya hartamu dan anak- anakmu adalah cubaan dari Allah agar menjadi bukti siapa yang memiliki

amanat tersebut, maka amanat tersebut dipikul oleh manusia. sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. Barang siapa yang menunaikan amanat, maka dia berhak mendapat pahala yang besar dari Allah dan barang siapa menghianatinya serta tidak menunaikannya, maka dia berhak mendapatkan azab yang dasyat dan dia menjadi pengkhianat Allah, Rasulullah, dan amanatnya itu sendiri, mencemarkan dirinya sendiri kerana dia telah mengambil sifatbu ruk dan ciri paling buruk iaitu khianat serta mengabaikan sifat yang paling baik dan sempurna iaitu amanat. Kerana hamba Allah S.W diuji dengan harta dan anak anaknya dan mungkin sahaja kecintaannya itu mendorongnya untuk mendahulukan hawa nafsunya diatas amanatnya, maka Allah berfirman bahawa anak dan harta benda adalah fitrah yang dengannya Allah menguji hambaNya, dan bahawa ia adalah pinjaman yang akan ditunaikan kepada yang memberinya dan dikembalikan kepada yang menyampaikannya. Sesungguhnya disisi Allah S.W lah pahala yang besar jika kamu mempunyai akal dan fikiran maka dahulukanlah pemberian Allah yang besar atas nikmat kecil yang akan lenyap dan fana. Orang yang berakal akan mengira segala perbuatan serta mengetahui apa yang perlu didahulukan.

  1. Pengajaran yang dapat diambil dari analisa ayat tersebut Antara pengajaran yang dapat diambil dari Surah Al-Anfal ayat 27 ialah seseorang individu mestilah menunaikan amanat serta tidak mengkhianati amanat yang telah diamanahkan kepadanya. Hal ini demikian kerana, menunaikan amanat merupakan salah satu perkara yang akan diambil kira di akhirat kelak. Jika seseorang itu mengkhianati amanat yang telah diberikan kepadanya, nescaya individu tersebut akan dimurkai oleh Allah S.W serta akan mendapat balasan dari Allah S.W. Oleh itu, sebagai seorang hamba Allah S.W di muka bumi ini,manusia mestilah menunaikan amanat yang diberikan kepadanya agar hidupnya dirahmati oleh Allah serta mendapat ganjaran pahala. Selain itu, pengajaran seterusnya yang dapat diambil dari Surah Al-Anfal ayat 27 ialah, seseorang individu haruslah meminta keampunan kepada Allah S.W dan segera bertaubat kepada Allah S.W setelah melakukan dosa tidak kira sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. Hal ini demikian kerana, Allah S.W akan mengampuni segala perbuatan dosa yang dilakukan oleh hambanya sekiranya hambanya itu bertaubat dan tidak melakukan perbuatan dosa tersebut setelah bertaubat. Tambahan pula, Allah S.W Maha Pengampun serta Maha Pemurah. Setelah seseorang itu bertaubat kepada Allah S.W, individu tersebut mestilah menyesali perbuatan tersebut serta tidak mengulangi kesalahan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa sebagai seorang manusia, bertaubat kepada Allah dapat menghapuskan dosa seseorang kerana Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Di samping itu, terdapat pengajaran yang boleh diambil dari Surah Al-Anfal ayat 28 iaitu seseorang individu mestilah bersyukur atas nikmat harta yang diberikan oleh Allah S.W kepadanya. Hal ini jelas terbukti kerana, jika seseorang itu bersyukur atas segala nikmat harta yang diberikan oleh Allah kepadanya, nescaya hidupnya akan sentiasa aman dan damai serta berada didalam rahmat Allah S.W. Sesungguhnya harta yang diberikan kepadanya hanya pinjaman semata-mata dan ianya tidak kekal selama-lamanya. Konklusinya, bersyukur atas nikmat harta yang diberikan kepada seseorang individu dapat mengelakkan seseorang itu daripada lalai akan perintah Allah S.W. Akhir sekali, seseorang individu mestilah mencintai Allah dan Nabi Muhammad S.A melebihi segalanya merupakan salah satu daripada pengajaran yang dapat diambil dari Surah Al-Anfal ayat 28. Hal ini demikian kerana, segala

anugerah yang diberikan oleh Allah merupakan ujian kepada seseorang itu untuk melihat sama ada seseorang itu mencintai Allah dan Nabi Muhammad S.A melebihi segalanya ataupun mencintai dunia melebihi Allah S.W dan Nabi Muhammad S.A. Oleh itu, seseorang itu mestilah mencintai Allah dan Nabi Muhammad S.A melebihi segalanya supaya hidup dalam rahmat Allah S.W walau dalam apa jua keadaan serta tidak terpesong dengan kemewahan dunia.

6. RUJUKAN

  1. Mohd Nasir Ayub Ph. (2020). Pengenalan Tamadun Islam Dan Pemikiran Islam Kontemporari. Akademi Pengajian Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah.
  2. Asbabun Nuzul. (2013) Surah Al Anfaal, diambil dari: asbabunnuzulharjin.blogspot/2013/07/surah-al-anfaal.html (diakses pada: 25 April 2020)
  3. Fath. (2015). Tafsir Ibnu Kathir Al-Anfal, ayat 27-28, diambil dari: pemudapersis32.blogspot/2015/05/al-anfal-ayat-27-28.html# (diakses pada 27 April 2020)
  4. M Resky Syafri. (2020). Surah Al-Anfal Ayat 27-28; Terjemahan dan Tafsir Al Qur’an. Diambil dari: pecihitam/surah-al-anfal-ayat-27-28- terjemahan-dan-tafsir-al-quran/ (diakses pada 28 April 2020)
  5. Kementerian Agama RI. Quran Surat Al-Anfal Ayat 27. Diambil dari: tafsirweb/2893-quran-surat-al-anfal-ayat-27.html (diakses pada 29 April 2020)
  6. Kementerian Agama RI. Quran Surat Al-Anfal Ayat 28. Diambil dari: tafsirweb/2894-quran-surat-al-anfal-ayat-28.html (diakses pada 29 April 2020)
Was this document helpful?

Analisis ayat ctu

Course: banking (ba119)

860 Documents
Students shared 860 documents in this course
Was this document helpful?
1. 1 1. NAMA PELAJAR NURUL AWATIF
BINTI MAT SAID
2 2. NO ID UiTM 2019239776
3 3. KUMPULAN
KULIAH KBA1192F
1. Masukkan Ayat Al Quran di sini
) َ
نوُ
مَ
لْ
عَ
ت ْ
مُ
تنَ
أَ
و ْ
مُ
كِتَٰ
نَٰ
مَ
أ ۟آ
وُ
نوُ
خَ
تَ
و َ
لوُ
سّ
رلٱَ
و َّ
لٱ ۟اوُ
نوُ
خَ
ت َ
ل ۟اوُ
نَ
ماَ
ء َ
نيِذّ
لٱ اَ
هّ
يَ
أَٰٓ
ي27(
) ٌ
مي ِظَ
ع ٌ
رْ
جَ
أ ٓ
ۥُ
هَ
دنِع َّ
لٱ ّ
نَ
أَ
و ٌ
ةَ
نْ
تِف ْ
مُ
كُ
دَٰ
لْ
وَ
أَ
و ْ
مُ
كُ
لَٰ
وْ
مَ
أ اَ
مّ
نَ
أ ۟آ
وُ
مَ
لْ
عٱَ
و28(
)Surah Al-Anfal ayat 27&28(
2. Terjemahan Ayat
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad)
dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan keatasmu,
sedang kamu mengetahui. (Surah Al-Anfal
ayat 27)
Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan
sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar. (Surah Al-Anfal
ayat 28)
3. Sebab-sebab turunnya ayat tersebut
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini diturunkan mengenai
seorang Muslim yang bernama Abu Lubabah bin Abdil Munzir yang telah ditanya
oleh Bani Quraizah iaitu kaum yang memusuhi Islam ketika Perang Quraizah tentang
pandangan kaum Muslimin terhadap mereka. Kemudian, Abu Lubabah memberi
isyarat dengan tangan dan lehernya yang bermaksud akan dibunuh.
Abu Lubabah bin Abdil Munzir adalah seorang pahlawan suku Aus di Yatsrib
yang banyak memenangi peperangan pada zaman tersebut. Pada suatu hari, dia
sedang berjalan menyusuri kota, dia melihat ramai orang berkumpul di rumah As’ad.
Mereka sedang mendengar ceramah dari seorang utusan Nabi Muhammad S.A.W,
iaitu Mus’ad ibn Umair yang mengajak manusia untuk menyembah Allah, Tuhan
Yang Maha Esa dengan membacakan ayat-ayat suci Al Qur’an. Allah berkehendak
membuka hati Abu Lubabah dan pada waktu itu juga, dia memeluk islam.
Ketika berlakunya Perang Badar, Abu Lubabah tidak ikut berperang kerana
Rasulullah telah memberi tugas yang sama berat dengan Perang Badar kepadanya,
iaitu Rasulullah S.W.T meminta Abu Lubabah melindungi dan menjaga penduduk
Madinah sepanjang peperangan berlangsung. Setelah berlakunya perang Uhud,
Abu Lubabah menikahi Khansa ibn Khadzam semula, iaitu janda seorang sahabat
yang syahid bernama Anis ibn Qotadah. Sejujurnya Al Khadzam iaitu ayah Khansa
berniat untuk menikahkan Khansa dengan lelaki pilihannya, namun Khansa
menolaknya kerana tidak mengenalinya dan kemudian dia mengadu kepada
Rasulullah. Rasulullah ingin menegakkan peruntukan syariat bahawa seorang janda
boleh berkahwin dengan lelaki pilihan mereka tanpa harus bermusyawarah dahulu
dengan ayahnya. Akhirnya Khanza memilih Abu Lubabah menjadi suaminya.