Skip to document

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya

This is a case law pertaining to criminal law
Course

Criminal Law II (UUUK 2063)

177 Documents
Students shared 177 documents in this course
Academic year: 2021/2022
Uploaded by:
Anonymous Student
This document has been uploaded by a student, just like you, who decided to remain anonymous.
Universiti Kebangsaan Malaysia

Comments

Please sign in or register to post comments.

Preview text

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya

MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU) — PERMOHONAN

JENAYAH NO JA-44–6–01 TAHUN 2018

MAT GHANI ABDULLAH PK

15 FEBRUARI 2018

Keterangan — Keterangan dokumentari — Kebolehterimaan — Pemohon

dituduh dengan 17 pertuduhan di mahkamah sesyen — Pemohon memfailkan

permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membolehkan kesemua dokumen yang

dikemukakan oleh pemohon di mahkamah sesyen diterima sebagi eksh ‘D’

— Sama ada Mahkamah Tinggi berhak memaksa mahkamah bicara untuk

menerima masuk sesuatu dokumen tanpa proses yang dibenarkan oleh

undang-undang — Akta Keterangan 1950 s 74

Prosedur Jenayah — Bidang kuasa — Bidang kuasa jenayah — Pemohon

dituduh dengan 17 pertuduhan di mahkamah sesyen — Pemohon memfailkan

permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membolehkan kesemua dokumen yang

dikemukakan oleh pemohon di mahkamah sesyen diterima sebagi eksh ‘D’

— Sama ada Mahkamah Tinggi boleh membuat pengisytiharan atas isu yang

timbul di mahkamah bicara sebelum mahkamah bicara membuat keputusan

— Akta Mahkamah Kehakiman 1964 s 3

Pemohon telah dituduh di mahkamah sesyen dengan 17 pertuduhan iaitu

empat pertuduhan pecah amanah secara jenayah di bawah s 409 Kanun

Keseksaan, empat pertuduhan di bawah s 132(1) Akta Syarikat 1965 (‘AS’) dan

sembilan pertuduhan pengurupan wang haram di bawah s 4(1) Akta

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan

dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Hakim bicara telah menolak

penerimaan masuk dokumen sebagai eksh ‘D’ (‘perintah hakim bicara’).

Sebelum pihak pendakwaan menutup kes, pemohon telah memaklumkan

kepada hakim bicara bahawa satu permohonan akan dibuat di Mahkamah

Tinggi yang akan membolehkan kesemua dokumen yang dikemukakan oleh

pihak pembelaan diterima sebagai eksh ‘D’ dan dengan itu wajib

dipertimbangkan oleh hakim bicara dalam membuat keputusan di

penghujung kes pendakwaan. Pemohon kemudiannya memfailkan notis usul

di Mahkamah Tinggi bagi memohon suatu deklarasi bahawa sebuah syarikat

yang mempunyai hanya dua orang pengarah adalah memadai jika salah

seorang pengarah telah memaklumkan dan/atau memberitahu

kepentingannya di dalam apa jua kontrak yang dia ada kepentingan dengan

cara menghantar notis atau surat kepada seorang lagi pengarah dan/atau

178 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

kepada setiausaha syarikat. Pemohon juga memohon perintah mahkamah

untuk memutuskan dua persoalan undang-undang. Isu-isu yang dibangkitkan

oleh responden yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah: (a) sama ada

Mahkamah Tinggi boleh membuat pengisytiharan atas sesuatu isu yang

ditimbulkan oleh satu pihak dalam sesuatu perbicaraan jenayah di mahkamah

sesyen (‘mahkamah bicara’) sebelum mahkamah bicara tersebut membuat

apa-apa keputusan; (b) sama ada undang-undang membenarkan Mahkamah

Tinggi untuk memaksa mahkamah bicara untuk menerima masuk sesuatu

dokumen tanpa proses yang dibenarkan oleh Akta Keterangan 1950 (‘AK’)

atau undang-undang lain; dan (c) sama ada sesuatu dokumen boleh

dimasukkan dalam keterangan tanpa mematuhi kehendak undang-undang.

Diputuskan , menolak permohonan:

(1) Perintah hakim bicara jelas menunjukkan ianya bukan suatu keputusan

dan tidak termasuk di bawah s 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964

kerana perintah tersebut dibuat semasa dalam perjalanan sebuah

perbicaraan yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara muktamad.

Apa yang dilakukan oleh pemohon dalam kes semasa ialah membuat

permohonan untuk mengisytihar sesuatu isu perundangan dan secara

jalan belakangnya, memaksa mahkamah bicara untuk menerima masuk

dokumen tanpa memanggil pembuat dokumen atau apa-apa syarat

adalah satu laluan yang tidak diperkenankan dalam undang-undang

(lihat perenggan 24–25).

(2) Tindakan pemohon juga membawa maksud supaya Mahkamah Tinggi

mengeluarkan perintah yang bertujuan untuk mengatasi kehendak

perundangan dalam penerimaan keterangan dokumentari seperti yang

diperuntukkan oleh AK. Pemohon gagal sama sekali menunjukkan

apakah asas permohonan semasa dan atas bidang kuasa apakah

mahkamah boleh bertindak untuk memenuhi kehendak permohonan

semasa. Tiada satu pun bidang kuasa yang ada di hadapan mahkamah

yang membolehkan permohonan semasa dibenarkan (lihat perenggan 27

& 37).

(3) Berdasarkan nas-nas duluan, mahkamah tidak membenarkan

penerimaan dokumen melalui pintu belakang seperti yang cuba

dilakukan oleh pemohon dalam permohonan semasa. Dokumen yang

bukan disediakan oleh mana-mana pegawai seperti pegawai dari

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) tetapi disediakan oleh pemohon

sendiri ke SSM tidak boleh diterima masuk sebagai dokumen awam di

bawah s 74 AK, walaupun dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam

afidavit pemohon tersebut dikatakan di bawah s 131 AS. Permohonan

semasa bersifat tidak kompeten; bersifat remeh, membuang masa dan

merupakan penyalahgunaan proses mahkamah; tidak mempunyai asas

[2018] 9 MLJ 179

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

(3) Based on preceding authorities, the court did not allow the admission of

the documents by way of a back door as was attempted by the applicant

in the present application. The documents which were not prepared by

an officer from the Securities of Commission of Malaysia (‘SC’) but were

prepared by the applicant himself to the SC could not be admitted as

public evidence under s 74 of the EA of though the said documents

which were stated in the applicant’s affidavit were said to be under s 131

of the EA. The application was not competent, vexatious, a waste of time

and was an abuse of the court process; did not have any basis under the

law and was a nuisance toward the legal process of the trial court (see

paras 45 & 51).]

Nota-nota

Untuk kes mengenai bidang kuasa jenayah, lihat 5(2) Mallal’s Digest (5th Ed,

2017 Reissue) perenggan 2906.

Untuk kes-kes mengenai kebolehterimaan, lihat 7(1) Mallal’s Digest (5th Ed,

2017 Reissue) perenggan 1489–1520.

Kes-kes yang dirujuk

Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2010] 6 MLJ 585; [2010] 9 CLJ 625, MP

(dirujuk)

Dato’ Yap Peng v PP [1993] 1 MLJ 337; [1993] 2 CLJ 181, MT (dirujuk)

Dr Munawar Ahmad Aness v Ketua Pengarah Penjara, Malaysia & Ors [1999] 2

MLJ 289; [1999] 6 CLJ 332, MT (dirujuk)

Gan Boon Aun v PP [2016] 4 MLJ 265, MP (dirujuk)

Gan Kok Liong v PP [1969] 1 MLJ 30; [1968] 1 LNS 40 (dirujuk)

Liaw Kwai Wah & Anor v PP [1987] 2 MLJ 69; [1987] CLJ Rep 163, MA

(dirujuk)

Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia &

Anor [1994] 1 MLJ 592; [1994] 1 LNS 100, MT (dirujuk)

Noorazlina binti Shamsudin lwn Pendakwa Raya [2016] MLJU 1758; [2016]

1 LNS 564, MR (dirujuk)

Siow Chung Peng v PP [2014] 4 MLJ 504; [2014] 6 CLJ 423, MP (dirujuk)

Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (No 2) [1967] 1

MLJ 46; [1966] 1 LNS 185 (dirujuk)

Undang-undang yang dirujuk

Akta Keterangan 1950 ss 61, 65 , 74 , 74(2)

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 ss 3, 22 , 26 , 30 , 31 , 35

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 s 4(1)

Akta Profesion Undang-Undang 1976 s 124

Akta Syarikat 1965 ss 131, 131(1), (2), 132(1)

Kanun Keseksaan s 409

[2018] 9 MLJ 181

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

Kanun Tatacara Jenayah ss 51, 173 , 307 , 323 , 325

Noor Liana bt Hashim (Shaharuddin bin Ali dan Mohd Khairul Azam

bersamanya) (Kamal Hisham & Assoc) bagi pihak pemohon.

Awang Armadajaya bin Awang Mahmud (Shukor bin Abu Bakar bersamanya)

(Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden.

Mat Ghani Abdullah PK:

PERMOHONAN

[1] Melalui satu notis usul (‘NU’) bertarikh 14 Januari 2018, pemohon telah

memohon dengan mahkamah ini untuk:

(a) suatu deklarasi bahawa sebuah syarikat yang mempunyai hanya dua

orang pengarah adalah memadai jika salah seorang pengarah telah

memaklumkan dan/atau memberitahu kepentingannya di dalam apa jua

kontrak yang dia ada kepentingan dengan cara menghantar notis atau

surat kepada seorang lagi pengarah dan/atau kepada setiausaha syarikat;

(b) perintah untuk memutuskan dua persoalan undang-undang seperti

berikut:

(i) sama ada s 131(1) Akta Syarikat 1965 adalah merujuk kepada

‘resolusi pengarah’ atau merujuk kepada ‘notis kepada pengarah

yang lain dan/atau setiausaha syarikat’; dan

(ii) sama ada satu firma guaman yang telah menyerahkan bil guaman

mengikut s 124 Akta Profesion Undang-Undang 1976 kepada

anak guam adalah ‘trade creditor’ atau ‘creditor’ dibawah s 131(2)

Akta Syarikat 1965.

[2] Permohonan ini telah disokong affidavit pemohon sendiri yang mana

pernyataan relevan diperturunkan seperti berikut:

  1. Saya adalah merupakan Pengarah bagi syarikat Southern Ads Sdn Bhd (‘syarikat SASB’) sejak syarikat SASB tersebut ditubuhkan sehinggalah saya telah disingkirkan secara tidak sah pada 6.6 yang mana suatu tindakan prosiding sivil kini sedang berjalan bagi tujuan dan maksud membantah dan/atau mempertikaikan penyingkiran saya sebagai pengarah syarikat SASB secara tidak sah dan salah di sisi undang-undang.

  2. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa pada sekitar Jun 2005, Pengarah syarikat SASB terdahulu yang dikenali sebagai Mohd Iqbal telah meletakkan jawatan di mana DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang juga merupakan Sultan Johor Darul Takzim telah dilantik sebagai Pengarah syarikat SASB pada masa tersebut.

  3. Saya sesungguhnya menyatakan antara lainnya pada sekitar tahun 2009, telah

182 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

bersama di sini dan ditandakan sebagai Ekshibit ‘KHJ-4’.

  1. Saya juga ingin mengemukakan persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah yang mulia ini berkenaan isu samada bil guaman yang tersebut di atas yang dihantar selaras Seksyen 124, Akta Profession Undang-Undang 1976 kepada anakguamnya adalah ‘trade creditor’ atau ‘creditor’ sepertimana di bawah Seksyen 131(2), Akta Syarikat 1965.

[3] Afidavit sokongan pemohon ini telah dibalas oleh pihak responden dan

berikut adalah pernyataan yang relevan:

  1. Merujuk kepada perenggan 6 Afidavit tersebut saya menegaskan bahawa Pemohon tidak pernah memaklumkan dan/atau mendedahkan dan/atau mengisytiharkan kepentingan Pemohon dalam syarikat di mana Pemohon mempunyai kepentingan berdasarkan keterangan Lilian Low iaitu setiausaha syarikat SASB bahawa beliau tidak tahu dan perkara ini tidak pernah di bawah dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah atau mesyuarat pemegang saham syarikat SASB.

  2. Merujuk kepada perenggan 7, 7 dan 7 Afidavit tersebut saya menafikan kesemua perkara tersebut dan menegaskan bahawa tiada Afidavit dari DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkaitan perkara ini dan tiada sebab untuk Pemohon untuk tidak mendapatkan Afidavit dari DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi mengesahkan perkara ini selain keterangan Lilian Low semasa perbicaraan mengesahkan tidak pernah melihat mandat yang kononnya dikatakan oleh Pemohon datangnya dari DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

  3. Merujuk kepada perenggan 8 Afidavit tersebut saya menegaskan bahawa dokumen-dokumen tersebut dinafikan oleh Lilian Low dan tiada Afidavit daripada DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi mengesahkan bahawa dokumen-dokumen iaitu KHJ-1, KHJ-2, dan KHJ-3 ini telah sempurna diserahkan.

  4. Merujuk kepada perenggan 9 Afidavit tersebut saya menegaskan bahawa Mahkamah Sesyen Johor Bahru belum membuat keputusan di akhir kes pendakwaan berkaitan dokumen-dokumen tersebut yang mana permohonan di hadapan Mahkamah yang Mulia ini ialah pra-matang dan penyalahgunaan undang-undang (abuse process of the Court).

  5. Merujuk kepada perenggan 10 Afidavit tersebut saya menegaskan bahawa terdapat permohonan oleh Responden di bawah Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah dan Perintah Mahkamah bertarikh 22.05 telah membenarkan permohonan tersebut tetapi sehingga ke hari ini Responden tidak menyerahkan dokumen-dokumen yang disenaraikan sepertimana dalam Perintah tersebut. Responden juga telah menyerahkan Notis di bawah Seksyen 65 Akta Keterangan 1950 tetapi masih juga gagal diserahkan oleh Pemohon tetapi tiba-tiba ekshibit KHJ-1, KHJ-2, KHJ-3 dan KHJ-4 ini muncul semasa perbicaraan.

  6. Merujuk kepada perenggan 10 juga saya menyatakan terdapat niat jahat atau malice di mana Responden mempunyai anggapan bahawa KHJ-1, KHJ-2, KHJ-

184 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

dan KHJ-4 adalah palsu. Ini berdasarkan keterangan Zulaila Bt Abdullah iaitu SP semasa perbicaraan yang dirujuk ekshibit Idd92 dan P233 iaitu payment voucher bagi cek yang sama yang mana P233 yang dikemukakan oleh Responden disahkan disediakan oleh SP7 manala Idd92 pula yang dikemukakan oleh Pemohon dikatakan oleh SP7 ialah satu dokumen palsu.

  1. Merujuk kepada perenggan 11 Afidavit tersebut saya menyatakan bahawa isu ini sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Bicara yang mana permohonan di hadapan Mahkamah yang Mulia ini ialah abuse process of the court, frivolous, vexatious dan tidak ada dalam Kanun Tatacara Jenayah.

LATAR BELAKANG PERMOHONAN

[4] Sebelum didalami asas permohonan ini ada baiknya kita melihat latar

belakang yang membawa kepada permohonan ini yang diperolehi dari hujahan

bertulis responden yang membantah permohonan ini.

[5] Fakta matriks yang membawa kepada permohonan ini secara ringkasnya

adalah seperti berikut: Pemohon telah dipertuduhkan di hadapan Mahkamah

Sesyen di Johor Bahru dalam Negeri Johor Darul Takzim (hakim bicara), di

atas kehendak pendakwa raya dengan 17 pertuduhan iaitu empat pertuduhan

pecah amanah secara jenayah di bawah s 409 Kanun Keseksaan, empat

pertuduhan dibawah s 132(1) Akta Syarikat 1965 dan sembilan pertuduhan

pengurupan wang haram di bawah s 4(1) AMLATFA 2001.

[6] Pertuduhan-pertuduhan tersebut disenaraikan di dalam kes-kes berikut

di mahkamah sesyen: (a) 62K-6–09 Tahun 2015; (b) 62K-7–09 Tahun 2015;

(c) 62K-8–09 Tahun 2015; (d) 62–52–09 Tahun 2015; (e) 62K-8–04 Tahun

2016; (f) 62K-9–04 Tahun 2016; dan (g) 62K-10–04 Tahun 2016.

[7] Perbicaraan telah berjalan dan pihak pendakwaan telah menutup kes

pada 27 Disember 2017 setelah memanggil seramai 26 orang saksi dan

menawarkan 18 orang lain kepada pihak pembelaan. Hakim bicara juga telah

menetapkan 30 Januari 2018 sebagai tarikh untuk memfailkan hujahan

bertulis dan bertukar-tukar hujahan dan 15 Februari 2018.

[8] Sebelum pihak pendakwaan menutup kes, pemohon (pembelaan) telah

memaklumkan kepada hakim bicara bahawa satu permohonan akan dibuat di

Mahkamah Tinggi yang akan membolehkan kesemua dokumen yang

dikemukakan oleh pihak pembelaan diterima sebagai eksh ‘D’ dan dengan itu

wajib dipertimbangkan oleh hakim bicara dalam membuat keputusan di

penghujung kes pendakwaan. Apabila diminta oleh pihak pendakwaan, sifat

dan tujuan permohonan yang bakal dibuat, pihak pembelaan enggan/gagal

memaklumkan kepada hakim bicara. Rentetan dari prosiding di hadapan

hakim mahkamah sesyen tersebut pemohon telah menfailkan permohonan ini.

[2018] 9 MLJ 185

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

[14] Apabila menimbang keseluruhan keadaan di hadapan saya dengan

mengambil kira alasan-alasan bantahan awal oleh pihak pendakwaan, merit

kepada permohonan di dalam notis usul tersebut dan perbuatan tidak

memaklumkan lebih awal tentang permohonan penangguhan telah

menyebabkan saya memutuskan untuk menolak permohonan terhadap

penangguhan pendengaran oleh permohon dan mengarahkan pihak-pihak

meneruskan pendengaran NU ini.

ISU PERUNDANGAN DALAM PERMOHONAN INI

[15] Dalam pada masa yang sama, pihak responden juga telah memfailkan

hujahan bertulis yang komprehensif dan mantap bagi menyokong bantahan

awal yang dikemukakan tersebut. Di dalam hujahan beliau, Tuan Awang telah

dengan panjang lebar menghujahkan dan membangkitkan tiga isu

perundangan yang patut dipertimbangkan oleh mahkamah ini iaitu:

(a) sama ada Mahkamah Tinggi boleh membuat pengisytiharan atas sesuatu

isu yang ditimbulkan oleh satu pihak dalam sesuatu perbicaraan jenayah

di mahkamah sesyen (mahkamah bicara) sebelum mahkamah bicara

tersebut membuat sebarang keputusan;

(b) sama ada undang-undang membenarkan Mahkamah Tinggi untuk

memaksa mahkamah sesyen (sebagai mahkamah bicara) untuk

menerima masuk sesuatu dokumen tanpa proses yang dibenarkan oleh

Akta Keterangan 1950 atau undang-undang lain; dan

(c) sama ada sesuatu dokumen boleh dimasukkan dalam keterangan tanpa

mematuhi kehendak undang-undang.

[16] Saranan Tuan Awang Armadajaya untuk mahkamah ini memutuskan

tiga isu perundangan tersebut adalah amat tepat dan memenuhi keperluan

untuk mahkamah ini membuat keputusan sepenuhnya terhadap permohonan

ini. Ini kerana apabila meneliti kepada permohonan ini dan afidavit sokongan

kepada permohonan ia tidak mendedahkan apakah asas sebenar permohonan

ini.

Sama ada Mahkamah Tinggi boleh membuat pengisytiharan atas sesuatu isu yang

ditimbulkan oleh satu pihak dalam sesuatu perbicaraan jenayah di mahkamah

sesyen (mahkamah bicara) sebelum mahkamah bicara tersebut membuat sebarang

keputusan

Apakah sebenarnya perintah dipohon

[17] Meneliti afidavit pemohon, saya dapati tujuan utama pihak pemohon

memfailkan notis usul tersebut ialah agar mahkamah ini melihat dokumen

yang dieksibitkan di dalam affidavit pemohon yang disertakan dalam notis usul

[2018] 9 MLJ 187

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

dan apabila merujuk kepada dokumen tersebut, secara automatik dokumen

tersebut menjadi dokumen awam dan wajib dipertimbangkan oleh hakim

bicara dalam membuat keputusan di penghujung kes pendakwaan di dalam

kesemua kes di atas yang sedang berjalan di mahkamah sesyen tersebut.

[18] Akan tetapi meneliti latar belakang kepada permohonan ini ialah secara

tidak langsung menunjukkan bahawa pemohon sebenarnya membuat rayuan

atau semakan kepada keputusan yang dibuat oleh hakim bicara supaya

kesemua dokumen yang dikemukakan semasa perbicaran oleh pihak

pembelaan diterima sebagai ‘D’. Persoalannya, bolehkah pihak pemohon

berbuat demikian sedangkan hakim bicara belum lagi memuktamadkan

perbicaraan tersebut? Soalan yang dikemukakan bersifat akademik kerana

mahkamah bicara belum membuat keputusan muktamad yang

memungkinkan satu rayuan atau semakan dibuat.

[19] Tidak dipertikaikan bahawa sesuatu perbicaraan jenayah di mahkamah

bawahan tertakluk dengan peruntukkan di bawah s 173 Kanun Tatacara

Jenayah (‘KTJ’). Dan, mana-mana pihak yang terkilan dengan sebarang

keputusan mahkamah bawahan mengenai apa-apa perkara yang diputuskan,

laluan perundangan yang adalah melalui:

(a) rayuan dibawah s 307 Kanun Tatacara Jenayah; dan

(b) semakan dibawah s 325 Kanun Tatacara Jenayah.

[20] Namun demikian laluan rayuan atau semakan ini tertakluk kepada s 3

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘AMK’). Selain itu hanya satu

pengecualian iaitu rujukan ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan

keabsahan sesuatu undang-undang di bawah s 30 Akta Mahkamah Kehakiman

1964.

[21] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa sesuatu perintah atau

keputusan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah bicara adalah bersifat tidak

boleh dirayu dan tidak boleh tertakluk kepada semakan mahkamah yang lebih

tinggi sekiranya keputusan ini dibuat di dalam perjalanan sesuatu perbicaraan

atau pendengaran atau perkara yang tidak melepaskan hak pihak-pihak secara

muktamad dari latar belakang yang membawa kepada permohonan ini dengan

jelas menunjukkan bahawa perintah tersebut hakim perbicaraan tidak

termasuk dalam terma ‘keputusan’ seperti yang dijelaskan dalam s 3 AMK

memperuntukkan:

3 Interpretation. ‘decision’ means judgment, sentence or order, but does not include any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause or matter which does not finally dispose of the rights of the parties.

188 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

permohonan ini dibuat. Oleh yang demikian, menyedari prinsip di atas

pemohon telah menfailkan tindakan ini.

[25] Apa yang dilakukan oleh pemohon di dalam kes sekarang ini ialah

membuat permohonan untuk mengisytihar sesuatu isu perundangan dan

secara jalan belakangnya, memaksa mahkamah bicara untuk menerima masuk

dokumen tanpa memanggil pembuat dokumen atau apa-apa syarat adalah satu

laluan yang tidak diperkenankan dalam undang-undang. Persoalannya,

apakah asas atau peruntukan undang-undang yang dapat disandarkan di dalam

membuat permohonan ini. Adalah menjadi pinsip undang-undang yang

mantap jika sekiranya ia tidak diperuntukkan oleh undang-undang, maka ia

tidak boleh dibenarkan.

[26] Permohonan sedemikian bukan sahaja tiada sebarang peruntukan

dalam Kanun Tatacara Jenayah yang boleh membenarkan atau mana mana

undang-undang lain tetapi juga tindakan sedemikian dirasakan tidak bertika

oleh pihak pemohon. Mana-mana pihak yang mahu mendapatkan apa-apa

perintah dari sesuatu tribunal hendaklah mematuhi dan akur dengan prosedur

yang diperuntukkan di dalam undang-undang bagi tujuan perintah tersebut.

Sebagai pendoman dirujuk kes Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji

Openg & Tawi Sli (No 2) [1967] 1 MLJ 46; [1966] 1 LNS 185, YAA Hakim

Besar (Borneo) Pike memutuskan (antara lain):

Where a statute prescribes a particular mode of procedure that mode of procedure must be followed. See Bull v Attorney-General, for New South Wales [1916] AC 564 and East Midland Gas Board v Doncaster Corp [1953] 1 All ER 54.

Sama ada undang-undang membenarkan Mahkamah Tinggi untuk memaksa

mahkamah sesyen (sebagai mahkamah bicara) untuk menerima masuk sesuatu

dokumen tanpa proses yang dibenarkan oleh Akta Keterangan atau

undang-undang lain

[27] Tindakan pemohon di dalam permohonan ini juga membawa maksud

supaya mahkamah ini mengeluarkan perintah yang bertujuan untuk mengatasi

kehendak perundangan dalam penerimaan keterangan dokumentari seperti

yang diperuntukan oleh Akta Keterangan. Mahkamah ini sehaluan pandangan

TPR dengan hujahan berikut mengenai bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang

terbahagi kepada beberapa perkara:

(a) bidang kuasa asal ( original jurisdiction );

(b) bidang kuasa semakan ( revisionary jurisdiction );

(c) bidang kuasa seliaan ( supervisory jurisdiction );

(d) bidang kuasa rayuan ( appellate jurisdiction ); and

(e) bidang kuasa rujukan ( reference jurisdiction ).

190 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

Bidang kuasa asal ( original jurisdiction )

[28] Bidang kuasa asal diperuntukan pleh s 22 Akta Mahkamah Kehakiman

1964 yang diperturunkan seperti berikut:

22 Criminal Jurisdiction

(1) The High Court shall have jurisdiction to try —

(a) all offences committed —

(i) within its local jurisdiction;

(ii) on the high seas on board any ship or on any aircraft registered in Malaysia;

(iii) by any citizen or any permanent resident on the high seas on board any ship or on any aircraft;

(iv) by any person on the high seas where the offence is piracy by the law of nations; and

(b) offences under Chapters VI and VI A of the Penal Code, and under any of the written laws specified in the Schedule to the Extra-Territorial Offences Act 1976, or offences under any other written law the commission of which is certified by the Attorney General to affect the security of Malaysia committed, as the case may be —

(i) on the high seas on board any ship or on any aircraft registered in Malaysia;

(ii) by any citizen or any permanent resident on the high seas on board any ship or on any aircraft;

(iii) by any citizen or any permanent resident in any place without and beyond the limits of Malaysia;

(iv) by any person against a citizen of Malaysia;

(v) by any person against property belonging to the Government of Malaysia or the Government of any State in Malaysia located outside Malaysia, including diplomatic or consular premises of Malaysia;

(vi) by any person to compel the Government of Malaysia or the Government of any State in Malaysia to do or refrain from doing any act;

(vii) by any stateless person who has his habitual residence in Malaysia;

(viii) by any person against or on board a fixed platform while it is located on the continental shelf of Malaysia; or

(ix) by any person who after the commission of the offence is present in Malaysia.

[2018] 9 MLJ 191

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

Kehakiman 1964 yang diperturunkan seperti berikut:

31 Revision of criminal proceedings of subordinate courts.

The High Court may exercise powers of revision in respect of criminal proceedings and matters in subordinate courts in accordance with any law for the time being in force relating to criminal procedure.

[33] Di dalam kes Liaw KwaiWah & Anor v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ

69; [1987] CLJ Rep 163, Mahkamah Agung memutuskan:

Power of Revision

Section 31 of the Courts of Judicature Act 1964 confers on the High Court, in respect of criminal proceedings and matters in the subordinate courts, the powers of revision. And s 323(i), Criminal Procedure Code (the Code), empowers a judge to call for and examine the record of any proceeding before any inferior criminal court for the purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence, or order recorded or passed.. 325 of the Code further provides that in any case, the record of proceedings of which had been called for by the judge himself or which otherwise comes to his knowledge, the Judge may, in his discretion, exercise any of the powers conferred by ss 311, 315, 316 and 317 of the Code. Among the powers set out in, s 325(i) Criminal Procedure Code, is the power of the court to enhance or alter the nature of the sentence imposed (see also s 316(b) of the Code).

Object of Revision

We could observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is the Criminal Procedure Code. We would also observe that the object of the revisionary powers provided for in the Code is —

.. confer upon criminal Courts a kind of paternal or supervisory jurisdiction, in order to correct miscarriage of justice arising from misconception of law, irregularity of procedure, neglect of proper precautions or apparent harshness of treatment, which has resulted on the one hand in some injury to the due maintenance of law and order, or on the other hand, in some undeserved hardship to individuals. ( Emperor v Nasrullah & Others [1928] AIR All 287).

It is also clear that the High Court may examine the record of proceedings in the subordinate courts ‘wherever it considers that in doing so the purpose of justice will be served, as for example, when the record discloses no offence or when the accused is subjected to a vexatious and groundless prosecution ( Ramanathan Chettiyar vs K Sivarama Subrahmanya Ayyar (1924) ILR 47 Mad 722).

DUTY OF HIGH COURT

Basically, the duty lies with the High Court to see that the criminal law is properly administered by an inferior court.

The judge’s duty is to satisfy himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order, recorded or passed and as to the regularity of any proceedings of such inferior court. Where, for instance, a convicted person has

[2018] 9 MLJ 193

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

scrupulous objection to invoke the jurisdiction of a High Court, either on a question of legality of conviction or error of law concerning the conviction or sentence, the judge ought to call for and examine the record with a view to exercising the revisionary power to correct a miscarriage of justice.

POWER IS DISCRETIONARY

The High Court’s power sitting in revision is discretionary. As it is, it must therefore be exercised judicially and within the limits and in the spirit of the legislation.

The principles which should guide the courts in the exercise of the revisionary powers have been clearly set out by Jenkins CJ in Emperor v Bankatram Lachiram (1954) ILR 28 Bom 533. In that case His Lordship said that this controlling power of the court is a discretionary power and it must be exercised with regard to all the circumstances of each particular case, anxious attention being given to the said circumstances, which vary greatly.

In Re Soo Leot [1956] 1 MLJ 54b Buhagiar J following the principles laid down by Jenkins CJ in R v Lachiram, held that the powers of the High Court in revision are exercisable at the discretion of the Court and that discretion is untrammelled and free, so as to be fairly exercised according to the exigencies of each case.

[34] Seterusnya peruntukan ss 323 dan 325 KTJ menyatakan seperti

berikut:

325 Powers of Judge on revision

(1) A Judge may, in any case the record of the proceedings of which has been called for by himself or which otherwise comes to his knowledge, in his discretion, exercise any of the powers conferred by sections 311, 315, 316 and 317 of this Code.

(2) No order under this section shall be made to the prejudice of the accused unless he has had on opportunity of being heard, either personally or by advocate, in his own defence.

(3) Nothing in this section shall be deemed to authorise a Judge to convert a finding of acquittal into one of conviction.

Bidang kuasa rujukan (reference jurisdiction)

[35] Bidang kuasa rujukan diperuntukkan oleh s 30 AMK 1964:

30 Reference of constitutional question by subordinate court.

(1) Where in any proceedings in any subordinate court any question arises as to the effect of any provision of the Constitution the presiding officer of the court may stay the proceedings and may transmit the record thereof to the High Court.

(2) Any record of proceedings transmitted to the High Court under this section shall be examined by a Judge of the Court and where the Judge considers that the decision of a question as to the effect of a provision of the Constitution is necessary for the determination of the proceedings he

194 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

yang ditetapkan oleh undang-undang. Tujuan utama sesuatu perbicaraan

adalah untuk menentukkan kebenaran dan kemudiannya keadilan dan

kebenaran mengikut undang-undang. Prinsip murni dapat dilihat di dalam

dalam Gan Kok Liong v Public Prosecutor [1969] 1 MLJ 30; [1968] 1 LNS 40,

dimana YA Hakim Raja Azlan Shah telah memutuskan (antara lain):

.. the object of a trial is first to ascertain truth and then do justice — justice according to law — upon the basis of this truth, then the learned president is not only justified but required to elicit any facts he deems important wherever these interests of truth and justice would suffer if he fails to do that...

[40] Sebagaimana dihujahkan oleh TPR bahawa kemasukan sesuatu

keterangan dokumentar ditetapkan di bawah s 61 Akta Keterangan 1950 yang

memperuntukkan:

61 Proof of contents of documents

The contents of documents may be proved either by primary or by secondary evidence.

[41] Sementara itu antara pengecualian yang diberi oleh undang-undang

ialah dokumen awam seperti yang ditakrifkan s 74 Akta Keterangan 1950 yang

diperturunkan seperti berikut:

74 Public documents

The following documents are public documents:

(a) documents forming the acts or records of the acts of —

(i) the sovereign authority;

(ii) official bodies and tribunals; and

(iii) public officers, legislative, judicial and executive, whether Federal or State or of any other part of the Commonwealth or of a foreign country; and

(b) public records kept in Malaysia of private documents.

[42] Selanjutnya s 74 AK telah dihuraikan tujuannya oleh YA Hakim

Mokhtar Sidin (pada ketika itu) di dalam kes Dato’Yap Peng v Public Prosecutor

[1993] 1 MLJ 337; [1993] 2 CLJ 181 at p 188 (MT):

.. my view, s 74 only provides the categorizing of a public document and nothing more than that.. purpose of categorising.. to make it easier for its production without the necessity of calling the maker or the keeper of such document to give in evidence to prove the existence of such document. In my view, that is the only purpose of ss 74.. the Evidence Act 1950. The relevancy and the admissibility of such a document is governed by the provisions of other sections of the Act or other laws. In my opinion, before such document could be admitted, the

196 Malayan Law Journal [2018] 9 MLJ

A B C D E F G H I

conditions and prerequisites of the section under which it is to be used must be satisfied.

[43] Begitu juga di dalam kes Ng Hong Choon vTimbalan Menteri Hal Ehwal

Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1994] 1 MLJ 592; [1994] 1 LNS 100 YA

Hakim Vincent Ng (pada ketika itu) menyatakan:

.. my view, the only material point in dispute is whether exh YKS1 comes within the ambit of the exception to the ‘best evidence rule’, namely, whether secondary evidence is admissible to prove compliance of the said provision of the Act. Encik Karpal Singh cited two conflicting authorities — in both of which there was no appeal. The authorities being Chiam Ching Kiang v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [1994] MLJU 8, Yeow Boon Kee v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Anor [1993] 2 MLJ 359. In Yeow Boon Kee ’s case, it was held by LC Vohrah J that a duly certified true copy of the report of the reporting officer, who was only away in nearby Indonesia, exhibited in the respondents’ affidavit, is admissible under the Evidence Act 1950. Whereas, in CHIAM CHING KIANG, it was held that a similar report by the reporting officer, who was at the material time in Cambodia, was inadmissible, and this had caused a break in the chain of evidence relating to the authorization for the detention under the relevant provision.

Section 65 states as follows:

(1) Secondary evidence may be given of the existence, condition or contents of a document admissible in evidence in the following cases:

(e) when the original is a public document within the meaning of section 74; ...

Section 74 states as follows:

The following documents are public documents:

(a) documents forming the acts or records of the acts of:

...(ii) official bodies and tribunals; and

(iii) public officers, legislative, judicial and executive, whether Federal or State or of any other part of the Commonwealth or of a foreign country, and...

My careful reading of ss 65 and 74 found myself compelled to the conclusion that where the document is a public document, the best evidence rule is inapplicable. Also, further, that secondary evidence may be adduced (as in our current case) not only as to the existence of such document but also as to its contents. I would thus readily agree with LC Vohrah J’s judgment in Yeow Boon Kee.

[44] Di dalam kes Dr Munawar Ahmad Aness v Ketua Pengarah Penjara,

Malaysia & Ors [1999] 2 MLJ 289; [1999] 6 CLJ 332, YA Hakim Abdul

Wahab Patail memutuskan:

As to what a public officer may be ordered to issue a certified copy of under the Evidence Act is provided in s 76 of the Evidence Act 1950.

[2018] 9 MLJ 197

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya (Mat Ghani Abdullah PK)

A B C D E F G H I

Was this document helpful?

Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya

Course: Criminal Law II (UUUK 2063)

177 Documents
Students shared 177 documents in this course
Was this document helpful?
Kamal Hisham bin Jaafar lwn Pendakwa Raya
MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU) PERMOHONAN
JENAYAH NO JA-44–6–01 TAHUN 2018
MAT GHANI ABDULLAH PK
15 FEBRUARI 2018
Keterangan Keterangan dokumentari Kebolehterimaan Pemohon
dituduh dengan 17 pertuduhan di mahkamah sesyen Pemohon memfailkan
permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membolehkan kesemua dokumen yang
dikemukakan oleh pemohon di mahkamah sesyen diterima sebagi eksh ‘D
Sama ada Mahkamah Tinggi berhak memaksa mahkamah bicara untuk
menerima masuk sesuatu dokumen tanpa proses yang dibenarkan oleh
undang-undang Akta Keterangan 1950 s 74
Prosedur Jenayah Bidang kuasa Bidang kuasa jenayah Pemohon
dituduh dengan 17 pertuduhan di mahkamah sesyen Pemohon memfailkan
permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membolehkan kesemua dokumen yang
dikemukakan oleh pemohon di mahkamah sesyen diterima sebagi eksh ‘D
Sama ada Mahkamah Tinggi boleh membuat pengisytiharan atas isu yang
timbul di mahkamah bicara sebelum mahkamah bicara membuat keputusan
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 s 3
Pemohon telah dituduh di mahkamah sesyen dengan 17 pertuduhan iaitu
empat pertuduhan pecah amanah secara jenayah di bawah s 409 Kanun
Keseksaan, empat pertuduhan di bawah s 132(1) Akta Syarikat 1965 (‘AS’) dan
sembilan pertuduhan pengurupan wang haram di bawah s 4(1) Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Hakim bicara telah menolak
penerimaan masuk dokumen sebagai eksh ‘D’ (‘perintah hakim bicara’).
Sebelum pihak pendakwaan menutup kes, pemohon telah memaklumkan
kepada hakim bicara bahawa satu permohonan akan dibuat di Mahkamah
Tinggi yang akan membolehkan kesemua dokumen yang dikemukakan oleh
pihak pembelaan diterima sebagai eksh ‘D’ dan dengan itu wajib
dipertimbangkan oleh hakim bicara dalam membuat keputusan di
penghujung kes pendakwaan. Pemohon kemudiannya memfailkan notis usul
di Mahkamah Tinggi bagi memohon suatu deklarasi bahawa sebuah syarikat
yang mempunyai hanya dua orang pengarah adalah memadai jika salah
seorang pengarah telah memaklumkan dan/atau memberitahu
kepentingannya di dalam apa jua kontrak yang dia ada kepentingan dengan
cara menghantar notis atau surat kepada seorang lagi pengarah dan/atau
178 [2018] 9 MLJMalayan Law Journal
A
B
C
D
E
F
G
H
I